Raina Kabaivanska (ejaaan dan sebutan
bahasa Bulgaria:Райна Кабаиванска) atau nama lahirnya “Raina Yakimova” (lahir pada
Disember 15,
1934) ialah penyanyi
opera dari
Bulgaria ,seorang
soprano yang amat terkenal pada abad ke 20. Beliau dilahirkan di Burgas, seorang siswazah Bulgarian State Academy of Music dalam pengajian nyanyian
opera dan piano.Kabaivanska membuat persembahan pertamanya di Bulgarian National Opera di Sofia sebagai "Tatjana", hasil karya penggubah Pyotr Ilyich Tchaikovsky berjudul “Eugene Onegin” pada tahun 1957. Dua tahun kemudiannya, beliau mendapat kejayaan besar di
Itali melakonkan peranan “ Nedda” di dalam
opera "I pagliacci" , hasil seni penggubah Ruggiero Leoncavallo. Pada tahun 1961, Kabaivanska membuat persembahan pertamanya di Teatro alla Scala, Milan, yang memberikan beliau taraf bintang opera antarabangsa.Diantara tahun 1960an dan 1980an, Kabaivanska membuat banyak persembahan di serata dunia seperti di
Teatro alla Scala di
Milan;
Metropolitan Opera di
New York; Carnegie Hall di
New York; Royal Opera House di
London; Bolshoi Theatre di
Moscow dan Teatro Colón di
Buenos Aires. Antara repertoir beliau termasuklah hasil seni :-Kabaivanska menerima banyak pingat dan penghormatan
opera seperti : Bellini (1965), Viotti International Music Competition (1970), Puccini (1978), Illica (1979), Monteverdi (1980), the Award of Accademia 'Medici' - Lorenzo il Magnifico, Florence (1990), the Grand Prix 'A Life, Dedicated to the Music', Venice (2000).Ketika ini, Kabaivanska merupakan seorang professor di Accademia Musicale Chigiana di Siena,
Itali. Beliau mendapat “Master Class” bagi penghibur untuk kerja seni penggubah Puccini, begitu juga “master classes” di
Sepanyol,
Itali dan
Perancis. Beliau juga aktif sebagai ahli juri bagi banyak pertandingan muzik dan
opera di seluruh dunia.